05:40
Imsak
05:50
Subuh
07:02
Syuruk
13:14
Zohor
16:40
Asar
19:23
Maghrib
20:38
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

CJS STREET 02

 

18 Julai 2016M / 13 Syawal 1437H(Isnin) - Dalam kemeriahan Syawal, buat julung-julung kalinya JAWI Putrajaya telah menyaksikan Majlis Pelancaran Program Cegah Jenayah Syariah Jalanan (CJS Streets) yang diterajui oleh Unit Penguatkuasaan. Ia sebagai salah satu acara kemuncak bagi Program Pencegahan Jenayah Syariah samada yang telah ataupun bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2016.

Dengan bertemakan “Hindari Jenayah Syariah, Hidup Lebih Bermaruah” majlis pelancaran tersebut berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI. Majlis dihadiri oleh para pengusaha hotel, pengusaha homestay, guru-guru besar, guru disiplin, pengerusi-pengerusi persatuan penduduk, pengerusi-pengerusi surau, guru-guru KAFA serta wakil-wakil jabatan sekitar Putrajaya yang telah dijemput khas.

Sebelum majlis pelancaran dimulakan, satu sesi ceramah bertajuk “Cegah Jenayah Syariah, Tanggungjawab Kita Bersama” telah  disampaikan oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Wilayah Persekutuan, Tn. Wan Jaapar bin Wan Ahmad. 

Penganjuran majlis tersebut dianggap telah mencapai objektif yang disasarkan antaranya ialah memberikan pendedahan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat serta agensi-agensi yang berkaitan tentang penguatkuasaan undang-undang syariah. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada tetamu jemputan bahawa mereka juga berperanan penting dalam membantu membenteras jenayah syariah daripada terus berleluasa. Secara tidak langsung, program seumpama ini, mengeratkan hubungan antara para Penguatkuasa Agama dan masyarakat ke arah menjadikan Putrajaya sebagai “Bandar Sifar Jenayah Syariah” suatu realiti.

Majlis berakhir meriah, dengan gimik pelancaran, Pengarah JAWI menampalkan pelekat kereta kepada kenderaan penguatkuasaan dan diiringi oleh letupan konfetti yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin, sebelum melawat booth pameran unit pengutkuasaan yang mempamerkan gambar-gambar berkaitan tugasan para PPA dan peralatan yang digunakan semasa menjalankan operasi.

CJS STREET 04 CJS STREET 05
CJS STREET 07 CJS STREET 08
 CJS STREET 10  CJS STREET 01

 

 

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Zul Helmi  Bin Abdul Rashid. Teks oleh: Unit Penguatkuasaan.

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com