05:40
Imsak
05:50
Subuh
07:02
Syuruk
13:14
Zohor
16:40
Asar
19:23
Maghrib
20:38
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

DSC 2441

28 Jun 2016 (Selasa)-  Masjid Al-Akram, Kg Datuk Keramat , Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4 telah mengadakan satu  Program Sinar Kasih Ramadhan Fasa 1 bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat  pada 25 Jun  2016.

Program bermula dengan solat fardhu asar secara berjemaah, seterusnya kuliah asar yang di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shahrizan bin Daud At-Turabi yang menekankan tentang penurunan ayat al Quran berkenaan dengan perlaksanaan pengurusan harta anak-anak yatim yang diamanahkan.

Antara pengisian lain adalah sumbangan wang  hari raya yang telah di sampaikan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Masjid Al-Akram kepada semua anak yatim yang terlibat serta bungkusan makanan untuk  majlis iftar pada malam tersebut.

Seramai  100 orang anak-anak yatim terlibat di dalam program ini, dimana anak-anak yatim adalah terdiri dari anak yatim di bawah Kariah Datuk Keramat, anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat, Selangor dan Rumah Titian Kasih, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Keterlibatan dua pusat jagaan anak yatim di luar kariah Datuk Keramat merupakan satu kelainan yang dilaksanakan oleh AJK Masjid bagi melahirkan rasa tanggungjawab walau mereka berada di luar kawasan.

Semoga dengan penganjuran program seperti ini memberi ruang kepada anak-anak yatim, penjaga dan pengusaha rumah-rumah anak yatim merasa lebih kepada sifat kebertanggungjawaban dalam diri.

 

DSC 2447 DSC 2456
DSC 2444 DSC 2449
   

Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 4
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com