05:46
Imsak
05:56
Subuh
07:09
Syuruk
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

 

maulid mtu 1

 

18 Disember 2017 / 28 Rabiul Awal 1439H (Isnin)  Bukit Jalil - Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah dengan kerjasama  Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Sub Zon 8 Parlimen Bandar Tun Razak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Program ke Masjid Sempena Maulidur Rasul 1439H pada 17 Disember 2017 (Ahad) dari jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang.

Program bermula dengan perarakan Maulidur yang disertai 8 kontinjen perarakan yang dirasmikan oleh Datuk Saharudin Bin Hj Zainal Abidin, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak. Kemudian diikuti dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Dr. Farid Ravi bin Abdullah, Pensyarah KUIS dan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Program tersebut diserikan dengan program mewarna kanak-kanak, pertandingan sukan rakyat, pertandingan gubahan, menderma darah yang dikendalikan Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program Jom ke Masjid sempena Maulidur Rasul diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta yang terlibat menjayakan program tersebut yang disempurnakan oleh Tuan Haji Othman Odanu bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah. 

 

maulid mtu 4 maulid mtu 6
maulid mtu 8 maulid mtu 5
   
   
   

Foto dan teks oleh :

Masjid Talhah Bin Ubaidilallah & 

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau Pusat Zon 5

Bahagian Pengurusan Masjid,JAWI

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com