05:40
Imsak
05:50
Subuh
07:02
Syuruk
13:14
Zohor
16:40
Asar
19:23
Maghrib
20:38
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)

NIKAH, CERAI DAN RUJU’.

1.Siapakah yang boleh membuat permohonan berkahwin di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan?

Masyarakat Islam yang bermastautin/tinggal di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya tempoh 90 hari. 

2. Bagaimanakah permohonan perkahwinan boleh dibuat?

Permohonan perkahwinan boleh dibuat melalui permohonan berkahwin secara online dengan melayari www.sppim.gov.my.

3. Bagaimanakah Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara boleh dibuat?

BAGAIMANAKAH PENDAFTARAN PERKAHWINAN LUAR NEGARA DENGAN KEBENARAN BOLEH DIBUAT?

3.1 Pendaftaran pernikahan luar negara dengan Kebenaran hendaklah didaftarkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh nikah.

3.2 Pemohon hendaklah hadir ke JAWI untuk mengisi borang permohonan Pendaftaran Nikah Luar Negara.

3.3 Dokumen yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:

            I. Kad pengenalan dan passpot suami isteri

           II. Pasport dan visa yang digunakan masa keluar negara untuk akad nikah. (Asal dan salinan)

          III. Sijil nikah / buku nikah luar negara [Asal dan Salinan] yang telah disahkan oleh:

  • pejabat kedutaan negara berkahwin di Malaysia
  • bahagian Konsular, Wisma Putra.   

    IV. Surat makluman perkahwinan dari Kedutaan / Konsulat Malaysia di negara akad nikah dijalankan.
     

BAGAIMANAKAH PENDAFTARAN PERKAHWINAN LUAR NEGARA TANPA KEBENARAN BOLEH DIBUAT?

i. Pemohon hendaklah hadir ke JAWI untuk mengisi borang permohonan Perintah Pengesahan Pendaftaran Perkahwinan (4P). Sila muat turun borang dan senarai semak di SINI.

ii. Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI akan mengeluarkan laporan serta surat ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Bahagian Penguatkuasaan JAWI. 

iii. Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI untuk memberi keterangan berkaitan perkahwinan yang berlawanan dengan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

iv. Pemohon hendaklah hadir ke Mahkamah Syariah untuk permohonan pengesahan perkahwinan.

v. Pemohon menyerahkan Perintah Pengesahan Perkahwinan ke BPPK, JAWI untuk pendaftaran perkahwinan.

vi. Salinan Sah Catatan Daftar Perkahwinan (Sijil Nikah) dikeluarkan.

 

4. Bagaimanakah Kad Perakuan Nikah boleh dibuat?

Pasangan berkahwin di Wilayah Persekutuan (tertakluk kepada tempat akad nikah dijalankan) hendaklah hadir bersama pasangan dengan membawa Surat Perakuan Nikah Asal.

5. Bagaimanakah sekiranya suami telah melafazkan cerai. Apakah yang patut dilakukan?

Suami atau isteri perlu ke Mahkamah Syariah tempat suami/isteri bermastautin untuk membuat pengesahan lafaz cerai.

6. Bagaimanakah pendaftaran cerai boleh dibuat?

Pendaftaran cerai boleh dibuat dengan mengemukakan perintah penghakiman perceraian, rekod perceraian dari Mahkamah Shariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Surat Perakuan Nikah Asal.

7. Bagaimanakah pendaftaran ruju’ boleh dibuat?

Pendaftaran Ruju’ boleh dibuat dengan melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan ruju’, Rekod Perceraian daripada Mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, dan Surat Perakuan Nikah Asal.

8. Bilakah Surat Perakuan Nikah boleh diperolehi?

Surat Perakuan Nikah boleh diperolehi di JAWI selepas 14 hari (bekerja) dari tarikh akad nikah dijalankan.

9. Bagaimanakah Salinan Kedua Surat Perakuan Nikah, Cerai dan Ruju’ boleh dibuat sekiranya surat-surat berkenaan hilang?

Salinan Kedua Surat Perakuan Nikah, Cerai dan Ruju’ boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan salinan Surat Perakuan Nikah, Cerai dan Ruju’ dan melampirkan Surat Akuan Sumpah yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam.

10. Adakah ujian saringan HIV boleh dilakukan di klinik/hospital swasta?

Tidak boleh. Ujian saringan HIV hanya boleh dilakukan di klinik/hospital kerajaan Malaysia sahaja.

 

RUNDING CARA DAN KHIDMAT NASIHAT

1. Siapakah yang boleh mendapat khidmat runding cara di JAWI?

Masyarakat Islam yang bermastautin/tinggal di Wilayah Persekutuan.

2. Dimanakah perkhidmatan runding cara dan khidmat nasihat kekeluargaan boleh diperolehi?

Perkhidmatan runding cara boleh diperolehi di tempat-tempat berikut:

  1. Cawangan Runding Cara, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI Kuala Lumpur.
  2. Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), UTC Pudu Sentral, Lot T3-12,Tingkat 3, Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.
  3. Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), UTC Mini Keramat, Tingkat 1, Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur.
  4. Anjung Khidmat Keluarga, JAWI (Akuaja), Masjid Usamah bin Zaid, No.8, Jalan 2/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
     

3. Bagaimanakah prosedur untuk mendapatkan perkhidmatan runding cara ?

Perkhidmatan runding cara boleh diperolehi dengan mengisi borang permohonan runding cara serta mengemukakan salinan Kad Pengenalan dan Salinan Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan oleh mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di Malaysia.

 

KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM 

1. Siapakah yang dikecualikan daripada menghadiri Kursus Praperkahwinan Islam?

Pengecualian menghadiri Kursus Praperkahwinan Islam diberikan kepada lelaki dan perempuan yang pernah berkahwin,
Orang kurang upaya, lelaki yang berusia 45 tahun ke atas dan perempuan yang berusia 40 tahun ke atas.

2. Bilakah dan bagaimanakah salinan sijil kursus praperkahwinan boleh dibuat?

Salinan sijil kursus praperkahwinan boleh dibuat di Bahagian Perkahwinan dengan mengemukakan surat pengesahan kehadiran kursus dari pusat kursus praperkahwinan yang telah dihadiri atau  Surat Akuan Sumpah yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam sekiranya pusat Pengendali Kursus Praperkahwinan yang dihadiri telah tidak beroperasi.

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com