05:40
Imsak
05:50
Subuh
07:02
Syuruk
13:15
Zohor
16:40
Asar
19:23
Maghrib
20:39
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

1.     Siapakah yang boleh memberi maklumat kepada pihak Penguatkuasa Agama?

  • Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 9 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) : “Tiap-tiap orang yang mengetahui perlakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan apa-apa kesalahan hendaklah dengan serta merta memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang terdekat tentang perlakuan atau niat itu”   Seksyen ini memberikan tafsiran yang umum di mana semua orang yang mengetahui perlakuan (perbuatan) atau niat sama ada kesalahan jenayah syariah sudah dilakukan atau akan dilakukan boleh memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama pada bila-bila masa dengan kadar segera.   

2.     Bagaimanakah aduan boleh dilakukan? 

  • Aduan boleh dilakukan sama ada secara bertulis atau secara lisan iaitu:-
  • i.  Pengadu hadir sendiri ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI KL dan mengisi Borang 5; 
  • ii. Pengadu boleh membuat aduan menerusi telefon (03-2274 9333), hotline penguatkuasaan (1-800-88-1771), sms (15888)  suratemailfaksimililaporan polis atau seumpamanya di mana aduan tersebut akan di ubah dalam bentuk tulisan dalam Borang 5 dengan mencatatkan nama pengadu, tarikh dan masa aduan tersebut di terima aduan dari pengadu akan dikepeilkan bersama Borang 5 yang ditandatangani oleh PPA sebagai pemberi maklumat dan seorang PPA lain sebagai penerima maklumat   

3.     Adakah maklumat pengadu akan didedahkan kepada umum? 

  • Maklumat pengadu dikategorikan sebagai sulit, ia tidak boleh didedahkan dan tidak akan diberitahu kepada umum sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Maklumat pengadu hanya diketahui oleh orang-orang yang perlu mengetahui kandungannya dalam masa menjalankan tugas-tugas rasmi mereka. 

4.     Apakah kesalahan Jenayah Syariah? 

  • Kesalahan Jenayah Syariah ertinya kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang bertentangan dengan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan)  (Akta 303) dan Undang-undang Islam yang lain yang terpakai di Wilayah Persekutuan.   

5.     Apakah bentuk atau jenis kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama? 

  • Bentuk atau jenis kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama adalah kesalahan berhubung dengan akidah, kesucian agama Islam dan institusinya, kesusilaan, penyubahatan dan percubaan, kesalahan pelbagai, kesalahan yang berkaitan dengan perkahwinan sebagaimana yang diklasifikasikan di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan)  (Akta 303).   

6.     Sejauhmanakah pihak Penguatkuasa Agama dapat menguatkuasakan undang-undang dalam kawasan wilayah              sahaja sekiranya dibawah  kawasan negeri lain? 

  • Pegawai Penguatkuasa Agama tidak mempunyai bidangkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang di luar Wilayah Persekutuan kerana bidangkuasa undang-undang Islam terletak di bawah bidangkuasa negeri atau Sultan.  Walau bagaimanapun tertakluk kepada peruntukan Seksyen 26, Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997  (Akta 560), Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai kuasa untuk untuk memburu dan menangkap semula  seseorang yang berada dalam jagaan sah yang melarikan diri atau dilarikan dalam tahanan di mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bidangkuasa tempat dia berada dalam jagaan sedemikian, dan memperlakukan orang itu sebagaimana yang boleh diperlakukannya semasa penangkapan yang mula-mula di buat ke atas orang itu.  

7.     Apakah tindakan Pegawai Penguatkuasa Agama selepas menerima aduan? 

  • Tindakan yang perlu diambil oleh Pegawai Penguatkuasa Agama selepas menerima aduan ialah :- 
  • i. Jika pengadu hadir sendiri ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI KL dan memberikan maklumat / aduan, Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah ;
  • - Mengubah aduan tersebut dalam bentuk bertulis dan aduan tersebut hendaklah di baca kepada pengadu; 
  • - Pengadu diberi peluang untuk menambah, membetulkan atau meminda aduan tersebut; dan 
  • - Jika ada pembetulan atau pindaan, ia hendaklah di buat pada masa itu pengadu hadir di hadapan Pegawai Penguatkuasa Agama dan pembetulan atau pindaan aduan tersebut akan di baca semula kepada pengadu.  Pengadu dan Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah menandatangani aduan / maklumat pada borang aduan tersebut. 
  • ii. Jika aduan / maklumat diterima melalui telefon atau hotline penguatkuasaan, Pegawai Penguatkuasa Agama akan ; 
  • - Mengubah aduan / maklumat itu dalam bentuk tulisan; 
  • - Mencatatkan tarikh dan masa maklumat itu diterima dalam Borang 5 (Borang Aduan) dan; 
  • - Menandatangani borang tersebut sebagai pemberi maklumat dan Borang tersebut akan ditandatangani oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama lain. 
  • iii. Jika aduan / maklumat diterima secara lisan atau bertulis melalui sms, surat, email, faksimili, laporan polis atau seumpamanya maka Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah; 
  • - mendapatkan maklumat diri pengadu / pemberi maklumat termasuk nombor telefon atau nombor yang boleh di hubungi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama dan ; 
  • - mendapatkan butir-butir berikut daripada pengadu; 
  • a)     alamat / lokasi kejadian atau tempat disyaki atau apa-apa petunjuk yang membolehkan lokasi itu dikenalpasti; 
  • b)     perihal aduan / maklumat 
  • c)     identiti orang yang disyaki (OYDS) 
  • d)     identiti orang lain yang berkenaan (jika ada); dan 
  • e)     apa-apa maklumat lain yang boleh menyokong aduan / maklumat berkenaan.  
  • iv.            Kesemua aduan / maklumat yang diterima sama ada secara lisan atau bertulis akan didaftarkan di dalam buku daftar maklumat dan akan diberikan nombor pendaftaran atau rujukan fail.  

8.     Siapakah yang diberi kuasa untuk menangkap pesalah Syariah selain daripada Pegawai Penguatkuasa Agama? 

  • i.              Hakim
  • ii.             Pegawai Polis
  • iii.            Pegawai Masjid seperti Imam, Bilal dan Naqib 

9.     Apakah Akta yang terpakai di Wilayah Persekutuan berhubung dengan kesalahan Jenayah Syariah? 

  • v  Akta Undang- undang Keluarga Islam (Akta 303)
  • v  Akta Pentadbiran Undang- undang Islam (Akta 505)
  • v  Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Akta 559)
  • v  Akta Prosedur Jenayah Syariah (Akta 560)
  • v  Akta Keterangan Mahkamah (Akta 561)
  • v  Akta Tatacara Hal Mahkamah Syariah (Akta 585) 

10.   Sejauh manakah undang-undang ini terpakai di Malaysia di wilayah dan orang Islam? 

  • Akta ini terpakai hanya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi semua orang Islam yang tinggal di dalam Wilayah Persekutuan dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan.

 

 

PEGAWAI PENYELARAS ADUAN BAHAGIAN

1. Salasia Binti Isdal

03-22749333 ext : 3122

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2. Nadia Abdullah

03-22749333 ext : 3209

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com