05:41
Imsak
05:51
Subuh
07:01
Syuruk
13:03
Zohor
16:25
Asar
19:01
Maghrib
20:14
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

Hukum Wanita Memakai Purdah

SOALAN :

Apakah hukumnya bagi wanita yang memakai purdah (penutup muka yang hanya nampak mata sahaja)? Apakah hukum wanita memakai pakaian yang mempunyai tulisan ayat-ayat al-Quran atau tulisan arab seperti "Laa ilaaha illallaah, Muhammadur Rasulullah"?

JAWAPAN :

Purdah ialah penutup muka yang hanya terbuka pada bahagian mata sahaja untuk melihat. Hukum memakai purdah harus dan tidak ada larangan kecuali ketika waktu ihram dalam ibadah haji dan umrah sahaja.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud : 

"Janganlah wanita memakai penutup muka (niqab)."

              Hadis di atas hanya larangan ketika wanita mengerjakan ibadah haji dan umrah. Wanita tidak boleh memakai niqab dan burqa' yang serupa dengan purdah. Perkara ini menunjukkan bahawa perkara itu dibolehkan bagi wanita yang bukan sedang melakukan ibadah haji dan umrah.

              Persoalan kedua pula, tidak ada larangan memakai pakaian yang mempunyai tulisan seperti itu. Namun begitu, seseorang harus yakin bahawa tidak ada niat tidak menghormati dan tidak ada niat menghina terhadap tulisan yang ada tersebut. Sebagai contohnya, dia tidak boleh tidur dengan pakaian tersebut atau duduk di atas tulisan tersebut. Dia juga tidak boleh membawanya ke dalam tandas atau tempat yang kotor. Jika dia memakainya untuk perkara-perkara tersebut, maka dia harus menanggalkan pakaiannya atau membuang tulisan yang terdapat pada bajunya.

           

 

Rujukan : 

Wanita Dalam Islam - Kemusykilan & Panduan 

Diterbitkan oleh :
Illusion Network
No. 40A, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, Tadisma Business Park, 
40100 Shah Alam, Selangor.

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com