05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
N
C
R
Prosedur 02 Permohonan Kebenaran Berkahwin bagi pemohon lelaki dari luar Wilayah Persekutuan dan pemohon perempuan di Wilayah Persekutuan serta akad nikah di Wilayah Persekutuan
 

Pemohon lelaki

Kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Negeri tempat pemohon lelaki bermastautin.


Pemohon perempuan

Pemohon perempuan hendaklah mengisi dua salinan Borang 1 : Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin dengan lengkap dan melampirkan dokumen seperti berikut :


Dokumen asas pemohon perempuan

i. Dua salinan Kad Pengenalan (warganegara) atau;
Dua salinan pasport atau visa yang masih sah (bukan warganegara)
ii. Dua salinan Kad Pengenalan wali(warganegara) atau;
Dua salinan dokumen lain pengenalan diri wali(bukan warganegara)
iii. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) (asal dan salinan)
iv. Pengesahan Ujian Saringan HIV daripada hospital/klinik kesihatan Kerajaan Malaysia
v. Surat Perakuan Nikah ibubapa atau Surat Perakuan Cerai yang tercatat tarikh nikah (jika ibubapa pemohon telah bercerai) atau surat akuan sumpah menjelaskan tentang tarikh perkahwinan ibubapa yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah orang Islam.(sekiranya Surat Perakuan Nikah ibubapa atau Surat Perakuan Cerai ibubapa tidak dapat diperolehi)

Dokumen tambahan bagi pemohon perempuan (jika berkaitan)

vi. Pengesahan tempat tinggal di Wilayah Persekutuan (jika alamat Kad Pengenalan luar Wilayah Persekutuan)
vii. Salinan surat akuan atau kad akuan masuk Islam (jika Saudara Baru)
viii. Surat kebenaran berkahwin bawah umur oleh Hakim Syarie (jika pemohon bawah umur)
ix. Surat kebenaran berkahwin menggunakan Wali Hakim oleh Hakim Syarie (jika pemohon berkahwin secara Wali Hakim)
x. Surat kebenaran berkahwin bakal suami (jika bakal suami tinggal berlainan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan) dan akad nikah di wilayah bakal isteri.
xi. Surat Perakuan Cerai asal (jika telah bercerai)
xii. Salinan surat mati isteri dan salinan Surat Perakuan Nikah pemohon dengan simati
xiii. Surat kenyataan tiada halangan berkahwin daripada kedutaan negara pemohon (bukan warganegara)
xiv. Surat Pengesahan pas bagi tujuan perkahwinan warganegara asing daripada Jabatan Imigresen Malaysia (bukan warganegara)
xv. Surat kebenaran KAGAT - Borang BAT D 193 (jika anggota tentera)
xvi. Surat kebenaran PDRM (jika anggota polis)

Pemohon perempuan hendaklah hadir bersama dengan wali berjumpa Penolong Pendaftar Perkahwinan (jurunikah kariah) di tempat tinggal pemohon tinggal untuk tujuan pengesahan Borang 1.

Borang pemohon perempuan yang telah disahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan (jurunikah kariah) di kariah beserta dokumen yang diperlukan dan kebenaran berkahwin daripada pihak lelaki hendaklah dikemukakan ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI.


Cetak   Emel