Pemantauan Akidah dan Syariah

FUNGSI UNIT AKIDAH

1. Menyediakan perancangan program / aktiviti dan anggaran belanjawan bagi unit.

2. Menerima maklumat atau aduan berkaitan isu-isu semasa akidah.

3. Menjalankan pemantauan berkala atau berdasarkan aduan berkaitan isu-isu semasa akidah.

4. Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu akidah.

5. Menyedia bahan-bahan terbitan, laporan / maklumbalas berkaitan isu-isu akidah.

6. Mengendalikan sesi kaunseling berkaitan isu-isu akidah.

7. Melaksanakan program / seminar / bengkel / kursus / taklimat / lawatan berkaitan isu-isu akidah.

8. Menjalankan carian dan pengumpulan maklumat / data isu akidah.

9. Mengurusetiakan proses permohonan, penyaringan dan mengendalikan temuduga permohonan surat sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Tenaga Pengajar Agama Bukan Warga Negara.

 

FUNGSI UNIT SYARIAH

1. Menyediakan perancangan program / aktiviti dan anggaran belanjawan tahunan bagi unit.

2. Menjalankan penyelidikan / kajian dan analisa isu semasa syariah dan aliran pemikiran.

3. Menerima maklumat atau aduan berkaitan isu semasa syariah dan aliran pemikiran.

4. Menjalankan pemantauan berkala / aduan berkaitan isu semasa syariah dan aliran pemikiran.

5. Melaksanakan penerangan dan penjelasan isu-isu syariah melalui seminar / taklimat dan bengkel.

6. Membangunkan pengkalan data atau maklumat berkaitan isu semasa syariah di Wilayah Persekutuan dan bahagian-bahagian di JAWI.

7. Menyediakan bahan-bahan terbitan ilmiah / garis panduan dan kertas kerja fatwa.

8. Memproses pengeluaran surat sokongan pertukaran nama.

9. Mengurus lawatan kerja bahagian.

 

FUNGSI UNIT PENTADBIRAN

1. Menyediakan dan menyelaras perancangan program aktiviti unit dan bahagian.

2. Menguruskan pengendalian perbelanjaan mengurus dan belanjawan tahunan unit bahagian.

3. Menguruskan pentadbiran am, pengurusan dan keselamatan pejabat.

4. Menguruskan aset dan inventori pejabat.

5. Menyelaraskan kertas-kertas kerja untuk mesyuarat pentadbiran utama jabatan.

6. Menyedia dan mengurusetiakan SKT, SKS dan KPI peringkat unit dan bahagian.

7. Menyelaras dan mengurusetiakan SKS dan KPI peringkat jabatan.

8. Menguruskan pengendalian fail-fail pentadbiran dan surat-menyurat.

9. Menguruskan hal ehwal sumber manusia bahagian.

10. Menguruskan rekod cuti pegawai dan kakitangan bahagian.

11. Menguruskan HRMIS, LNPT, e-jari bahagian.

12. Menyedia serta menyelaras penyediaan maklumbalas mesyuarat di peringkat bahagian, jabatan dan luar.

13. Menguruskan dan menyediakan laporan mingguan, bulanan dan tahunan unit dan bahagian.

14. Menyediakan jadual petugas kaunter.

15. Menguruskan rekod kursus kakitangan (e-latihan)

16. Menguruskan khidmat latihan / praktikal.

17. Menguruskan Pusat Sumber Bahagian.

18. Menguruskan data maklumat bahagian dalam laman web.