TRAINING OF TRAINERS TENAGA PENGAJAR KELAS PENGAJIAN MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2025

497474488 1078056937471480 3387867191524996873 n

11 MEI 2025M | 13 ZULKAEDAH 1446H (AHAD) - JAWI melalui Cawangan Kompleks Darul Hidayah, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan kursus Training of Trainers Tenaga Pengajar Kelas Pengajian Mualaf Wilayah Persekutuan Tahun 2025 di KSL Esplanade Hotel, Klang yang melibatkan seramai 35 orang tenaga pengajar Kelas Pengajian Mualaf dibawah seliaan JAWI.

Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan modul pengajian serta mengembangkan kemahiran dan keupayaan mendepani cabaran dalam mengurus mualaf terutamanya di Wilayah Persekutuan. Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan dengan psikologi mualaf, Fiqh Mualaf, kaedah pengajaran berkesan dan lain-lain.

Majlis Penutup Kursus ini telah disempurnakan oleh Ustazah Maznah binti Yusof, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kompleks Darul Hidayah, mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI serta turut dihadiri oleh Tuan Hj Noli bin Husain, Ketua Jabatan Operasi Hidayah Centre Foundation.

Semoga usaha ini dapat membantu mempersiap tenaga pengajar yang terlibat supaya lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu serta bimbingan kepada mualaf dengan penuh hikmah.

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 
497960430 1078056150804892 7719092099343003340 n 498009576 1078056207471553 4366850601418348555 n
497806518 1078056070804900 4619383917832356016 n 496149280 1078056274138213 10542230829413365 n
497749721 1078056250804882 3623555622172923951 n 497759601 1078056007471573 6621027966632635719 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan