BENGKEL PENGHASILAN KANDUNGAN PENERANGAN PENGISLAMAN

WhatsApp Image 2025 04 30 at 9.06.19 AM

25 APRIL 2025M | 26 SYAWAL 1446H (JUMAAT) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, telah menganjurkan Bengkel Penghasilan Kandungan Penerangan Pengislaman bertempat di Scapes Hotel Genting Highlands.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kebajikan Saudara Baru BPD JAWI merangkap Pendaftar Muallaf Wilayah-Wilayah Persekutuan. Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk membangunkan bahan penerangan berkaitan pengislaman yang komprehensif, sistematik dan mudah difahami, serta akan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Bahan ini akan digunakan sebagai rujukan utama dalam majlis pengislaman dan bimbingan awal kepada muallaf.

Sepanjang bengkel, pelbagai isu telah dibincangkan, termasuk penambahbaikan kandungan penerangan pengislaman, kaedah pemilihan nama dan keperluan kepada penyampaian maklumat yang tersusun tentang asas-asas Islam.
Bengkel ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil komitmen padu daripada para peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi dan bidang kepakaran, termasuk wakil dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Bahagian Dakwah JAKIM, Unit Undang-Undang MAIWP, Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Jabatan Pendaftaran Negara, Pegawai dari JAWI Cawangan Labuan dan JAWI Cawangan Putrajaya.

Adalah diharapkan agar segala rumusan, cadangan dan pelan tindakan yang telah dibincangkan dalam bengkel ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semoga inisiatif ini menjadi titik tolak kepada peningkatan mutu perkhidmatan kepada saudara baru dalam memahami dan menghayati ajaran Islam dengan lebih yakin dan terarah.

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 
WhatsApp Image 2025 04 30 at 9.06.20 AM WhatsApp Image 2025 04 30 at 9.06.19 AM 2
WhatsApp Image 2025 04 30 at 9.06.19 AM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan