KURSUS INTENSIF PESERTA TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1446H/2025M

a98a1d2f 00d1 4881 9c30 de092655f801

18 APRIL 2025M | 19 SYAWAL 1446H (JUMAAT) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Intensif Peserta Tilawah dan Hafazan al-Quran Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/2025M pada 15 hingga 18 April 2025 bertempat di Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kursus empat hari ini melibatkan seramai 2 orang Qari Qariah dan 6 orang Hafiz Hafizah yang merupakan Johan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan. Para peserta akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) pada tahun ini yang akan berlangsung pada 24 April hingga 3 Mei 2025 di Kangar, Perlis.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta mengenai teknik bacaan al-Quran merangkumi tarannum, fasahah, suara, dan lagu. Pelaksanaan kursus ini juga adalah sebagai persediaan dan latihan serta bimbingan kepada para peserta sebelum ke peringkat kebangsaan.

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori tilawah dan kategori hafazan yang melibatkan sebanyak 22 sesi yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput khas mewakili bidang kepakaran masing-masing antaranya Tuan Haji Muhammad Anuar bin Ghazali, Dr. Hjh. Normalina binti Alias, Tuan Haji Azhari bin Othman, Tuan Haji Hasim bin Harun, Tuan Haji Ahmad Mujahid bin Salleh Sani, Tuan Haji Abdul Khair bin Jalil, Ustaz Sazali bin Yaacob serta Ustaz Muhammad Zaki bin Ab Rahman.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs.Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Para peserta turut diberikan dua pasang persalinan untuk Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Semoga para peserta dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran di saat akhir serta beroleh kejayaan masing-masing.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 
225c5e21 f99d 40f4 b136 415a679f72a8 e63ffdb7 09f4 4e01 a009 45a27a9f85e0
c399a02f 3fcb 44f7 8842 7c2ca861755e a98a1d2f 00d1 4881 9c30 de092655f801
6fdb0590 605f 4676 84fc 6e4bc7b27f86 562f2e0a a424 49e0 9efd aa97016e4e74

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan