240 MUALAF SEKITAR KUALA LUMPUR DIRAIKAN DALAM MAJLIS IFTAR RAMADAN BERSAMA MUALAF TAHUN 2025
20 MAC 2025M / 19 RAMADAN 1446H (KHAMIS) - JAWI melalui Cawangan Kompleks Darul Hidayah, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama JAWI Food Bank dan YADIM telah menganjurkan Program Majlis Iftar Ramadan bersama Mualaf di Kompleks Darul Hidayah, Sentul Kuala Lumpur pada 20 Mac 2025 bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Sentul.
Turut hadir dalam sinergi ummah ini ialah F&N Malaysia dan QSR Brands , sebagai rakan strategik JAWI yang turut menyumbangkan pek makanan KFC dan Pizza. F&N juga turut memberikan goodies bag buat peserta Iftar sebagai buah tangan. Selain itu, Yayasan Vfive juga turut menyumbangkan 200 pek iftar untuk memeriahkan lagi program ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Prof. Chm. Ts. Taufiq Yap Yun Hin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan. Di antara petikan ucapan perasmiannya, beliau menekankan cabaran berpuasa kepada yang pertama kali menjalani ibadah puasa, kesabaran dan keindahan Islam itu terletak pada nilai kebersamaan dan kasih sayang. Melalui majlis ini, bukan sahaja berkongsi rezeki tetapi juga membina semangat persaudaraan. Saudara-saudara muallaf tidak berseorangan dalam perjalanan ini.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YBrs. Tuan Hj. Kamaldin bin Mohd Damin , Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs. Puan Imlah binti Abd Aziz , Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Ustazah Nurul Ameerah binti Sokeri, Pegawai daripada JAWI Food Bank. Program ini bermula dengan FORUM RAMADAN bertajuk _"Surah Al-Kahfi (Suatu Pengajaran)"_ yang dikendalikan oleh dua gabungan panelis terpilih iaitu Ustaz Zakaria Bin Mohammad dan Muhammad Hatta bin Abdul Rahman dan Ustaz Mohd Noruddin Salam bin Naluwi yang menerajui forum selaku moderator.
Sebaik sahaja selesai iftar, para jemputan, peserta, dan urus setia menunaikan solat fardu Isyak serta solat sunat Tarawih berjemaah.
Semoga program ini memberikan manfaat besar dan lebih memahami serta mendalami erti ibadah puasa. Harapan pihak JAWI juga agar program ini menjadi inspirasi dan suntikan motivasi kepada para mualaf untuk terus beribadah dengan lebih istiqamah. Sirru 'ala barakatillah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan