
28 Julai 2024 | 22 Muharram 1446H (AHAD) - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan Seminar Pemahaman Hak Mualaf Siri 2/2024. Seminar yang diadakan di Kompleks Darul Hidayah, Sentul Kuala Lumpur ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang tuntas kepada semua mualaf berkaitan hak dan keistimewaan serta perkara- perkara- yang perlu dipatuhi oleh seorang mualaf setelah memeluk agama Islam terutama dalam bidang pengajian dan kebajikan.
Alhamdulillah, seramai 96 orang peserta berjaya hadir serta dapat memahami dengan sebaiknya berdasarkan penerangan yang telah disampaikan oleh dua orang penceramah yang sangat berpengalaman iaitu Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim dari Unit Pendaftaran dan Pengislaman, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Ustaz Mohd Saiful Hafiz Vijia bin Abdullah dari Bahagian Baitulmal, MAIWP.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Abuzar bin Zainudin, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kebajikan Saudara Baru yang mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Semoga Seminar ini memberi kefahaman yang sebaiknya kepada asnaf mualaf untuk terus memahami hak mereka seterusnya berjaya di dunia dan di akhirat.
|
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan