05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR PEMAHAMAN HAK MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1/2024

SM1

 

KUALA LUMPUR - 23 April 2024@ 14 Syawal 1445H Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan Seminar Pemahaman Hak Mualaf siri1/2024. Seminar yang diadakan di Kompleks Darul Hidayah, Sentul Kuala Lumpur ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang tuntas kepada semua mualaf berkaitan hak dan keistimewaan serta perkara- perkara- yang perlu dipatuhi oleh seorang mualaf setelah memeluk agama Islam terutama dalam bidang pengajian dan kebajikan.KUALA LUMPUR - 23 April 2024@ 14 Syawal 1445H Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan Seminar Pemahaman Hak Mualaf siri1/2024. Seminar yang diadakan di Kompleks Darul Hidayah, Sentul Kuala Lumpur ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang tuntas kepada semua mualaf berkaitan hak dan keistimewaan serta perkara- perkara- yang perlu dipatuhi oleh seorang mualaf setelah memeluk agama Islam terutama dalam bidang pengajian dan kebajikan.


Alhamdulillah, seramai 100 orang peserta berjaya hadir serta dapat memahami dengan sebaiknya penerangan yg telah disampaikan oleh dua orang penceramah yang sangat berpengalaman iaitu Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim  dari Unit Pendaftaran dan Pengislaman, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Ustaz  Mohd Saiful Hafiz Vijia bin Abdullah dari Bahagian Baitulmal, MAIWP.


Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Abuzar bin Zainudin, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kebajikan Saudara Baru yang mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Semoga Seminar ini memberi kefahaman yang sebaiknya kepada asnaf mualaf  untuk terus memahami hak mereka seterusnya berjaya di dunia dan di akhirat.

 

 

 

SM2 SM3
SM4 SM5
SM6 SM7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel