05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:37
Asar
19:21
Maghrib
20:36
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH

KP1

 

17 APRIL 2024M | 8 SYAWAL 1445H (RABU) – YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Pengurusan Jenazah Bil.1/2024 yang bertempat di Ruang Pengurusan Jenazah, Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa. Turut hadir, Puan Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Kursus yang telah berlangsung seharian dari pagi petang telah menerima penyertaan seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pelajar perempuan Sek Men Sains Seri Puteri Kuala Lumpur (SESERI).
Kursus ini dimulakan dengan sesi ceramah yang menyentuh berkenaan Teori Pengurusan Jenazah, Hakikat Kematian, Adab Menziarahi Pesakit dan Kewajipan Terhadap Jenazah yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Zabidin daripada Bahagian Pengurusan Dakwah.
Memetik kata-kata penceramah dalam sesi pertama, hakikat kematian telah ditegaskan berulang kali oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan hadith sekaligus menjadi pedoman dan panduan sepanjang kehidupan kita di dunia. Umat Islam perlulah sehabis baik menghiasi diri dengan amalan soleh dan nilai-nilai dalam kehidupan beragama sebagai bekalan untuk memperoleh rahmat dan keredhaan Allah SWT di dunia mahupun di akhirat. Apabila seorang individu Muslim telah meninggal dunia, maka wajiblah disegerakan prosess pengurusnnya bermula dari mandi, kafan,solatkan dan seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan yang telah disediakan.
Pengurusan jenazah merupakan ilmu fardhu kifayah yang sangat dituntut untuk dipelajari oleh setiap Muslim sebagai persediaan sekiranya berlakunya kematian dalam kalangan masyarakat setempat.
Sesi kedua diteruskan dengan praktikal pengurusan jenazah secara berkumpulan yang merangkumi tatacara mandi di ruang khusus mandian jenazah, dan seterusnya proses kafan dan solat jenazah. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diketuai oleh fasilitator berpengalaman daripada Unit Kebajikan Islam. Slot seterusnya dibuka untuk sesi soal jawab kepada para peserta untuk bertanyakan soalan berkaitan pengurusan jenazah.
Slot praktikal ini telah benar-benar memberi sudut pandang yang lebih jelas kepada pelajar. Pelajar-pelajar disekolah kebiasaannya hanya didedahkan berkaitan teori pengurusan jenazah sahaja. Soalan yang pelbagai dan unik daripada pelajar telah disambut baik oleh para fasilitator antaranya berkaitan tatacara pengurusan jenazah khunsa, kemalangan dan apakah hikmah wujudnya iddah bagi wanita setelah kematian suaminya.
Semoga Kursus Pengurusan Jenazah ini mampu menjadi mutiara berharga kepada para peserta sekaligus memberi pengalaman baharu buat mereka.

 

 

KP2 KP3
KP4 KP5
KP6 KP7 

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel