05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN

MJ1

 

22 April 2024M (ISNIN) | 13 Syawal 1445H - JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf Wilayah Persekutuan (JKHEMWP) Kali Ke-21 Bilangan 1/2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Timbalan Pengerusi JKHEMWP. Mesyuarat telah berlangsung di Dewan Syura Perdana, Menara Pusat Islam, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Ahli-ahli JKHEMWP yang terdiri daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, ahli NGO dan individu kalangan mualaf yang dilantik.


Mesyuarat pertama bagi tahun 2024 ini membincangkan isu-isu semasa pengurusan hal ehwal mualaf di Wilayah-wilayah Persekutuan dan agenda perbincangan turut menyentuh terhadap isu tindakan pengemaskinian status agama Islam mualaf pada kad pengenalan dan pendekatan bimbingan susulan bagi permohonan pengisytiharan status agama. Malahan perbincangan turut mengambil kira program dan peruntukan kewangan bagi pengurusan mualaf di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Mesyuarat berakhir pada jam 5.10 petang dengan ucapan penutup oleh YBhg. Kolonel Datuk Timbalan Pengerusi JKHEMWP yang sekali lagi mengucapkan terima kasih atas semua ahli yang hadir memberikan komitmen tinggi dan kerjasama terbaik demi manfaat dan kesinambungan pengurusan mualaf di Wilayah-wilayah Persekutuan.

 

 

MJ2 MJ3
MJ4  
   

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel