05:50
Imsak
06:00
Subuh
13:23
Zohor
16:45
Asar
19:30
Maghrib
20:44
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN KERJA JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KE PEJABAT AGAMA DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN

Lawatan 1

6 November 2023 | 22 Rabiulakhir 1445H (Isnin) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar,  Kedah Darul Aman.                 

Delegasi JAWI telah diketuai oleh YBrs.Ustazah Mas Fadzlina binti Mohd Azali Penolong Pengarah Kanan merangkap Ketua Cawangan Pentadbiran dan Kewangan BPPK bersama 6 orang pegawai dan kakitangan BPPK, JAWI. Lawatan Kerja ini diadakan bertujuan untuk melihat pelaksanaan pengurusan nikah, cerai, ruju' (NCR) khususnya dari  sudut siasatan kes-kes matrimoni dan perkahwinan yang berlawanan dengan enakmen di samping melihat pelaksanaan rundingcara kekeluargaan Islam serta sistem aplikasi pembayaran tanpa tunai (cashless) yang dilaksanakan di pejabat berkenaan.

Lawatan Kerja ini juga diadakan untuk berkongsi maklumat, bertukar- tukar pandangan serta menjalin kerjasama dua hala di antara kedua-dua jabatan. Program ini dimulakan dengan ucapan aluan serta taklimat berkaitan penggunaan  aplikasi ‘cashless’ di kaunter NCR dan perbincangan isu-isu NCR oleh Al- Fadhil Ustaz Ahmad Kamal bin Awang, Pembantu Hal Ehwal Islam Kanan bagi mewakili Penolong Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Kedah. Program diteruskan dengan lawatan delegasi ke kaunter NCR Pejabat Agama berkenaan bagi melihat bagaimana pembayaran tanpa tunai oleh pelanggan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

lawatan 2 lawatan 3
lawatan 4 lawatan 5
lawatan 6 lawatan 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel