05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM "FASA SYURGA CINTA"

pascaperkahwinan 1

14 Mei 2023 | 23 Syawal 1444H (Ahad) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) dan JAWI Labuan dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Pascaperkahwinan Islam "Fasa Syurga Cinta" pada 12 hingga 14 Mei 2023 (tiga hari dua malam) di Hotel Aifa, Labuan.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK, JAKIM dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), BPPK JAWI, Puan Rabihah binti Ibrahim dan KPPK JAWI Labuan, Puan Sharidah binti Zainal Abidin.

Kursus Pascaperkahwinan Islam 2023 ini merupakan program julung-julung kali diadakan di Labuan. Fasa Syurga Cinta telah dipilih untuk penganjuran kursus pada kali ini melibatkan pasangan yang telah berkahwin selama 21 tahun dan ke atas yang melibatkan pasangan suami isteri dari jabatan kerajaan dan badan berkanun terpilih di Wilayah Persekutuan Labuan. 

Objektif kursus ini antara lainnya memberi kesedaran dan motivasi tentang peranan dan tanggungjawab suami isteri yang sebenar dalam mewujudkan keluarga bahagia, memantapkan institusi keluarga ke arah menyumbang pencapaian yang cemerlang dalam pembangunan masyarakat dan negara serta memberi teknik dan kemahiran suami isteri dalam menguruskan soal kehidupan berumahtangga.

Semoga kursus ini dapat diteruskan dan memberi banyak manfaat kepada semua peserta dalam membentuk keluarga mengikut acuan Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.

pascaperkahwinan 3 pascaperkahwinan 2
pascaperkahwinan 4 pascaperkahwinan 5
pascaperkahwinan 6 pascaperkahwinan 7
pascaperkahwinan 8 pascaperkahwinan 9

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel