05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS TAHSIN AL-QURAN QARI/ QARIAH DAN HAFIZ/ HAFIZAH WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1445H/ 2023M

366742025 693320415945136 5882121720637002359 n

10 OGOS 2023M | 23 MUHARAM 1445H (KHAMIS) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Tahsin Al-Quran Qari/ Qariah dan Hafiz/ Hafizah Wilayah Persekutuan Tahun 1445H/ 2023M pada 8 hingga 10 Ogos 2023 bertempat di Hotel Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari dua (2) malam ini melibatkan seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada 10 qari/qariah dan 31 orang peserta hafazan dari sekitar Wilayah Persekutuan. Para peserta terdiri daripada peserta yang akan menyertai Majlis Hafazan Dan Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan (MTHQWP) yang akan diadakan pada bulan Oktober 2023.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan mengasah kemahiran Qari/ Qariah dan Hafiz/ Hafizah dalam seni bacaan al-Quran berkaitan Tajwid, Tarannum, Fasohah dan Suara. Kursus ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori tilawah dan kategori hafazan yang dilaksanakan sebanyak 12 sesi bagi setiap kategori secara teori dan amali.

Ia dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang hafazan dan tilawah al-Quran iaitu Tuan Haji Hasim bin Harun, Tuan Haji Azhari Othman, Tuan Haji Mohd Anuar bin Ghazali, Ustaz Sazali bin Yaacob, Ustaz Muhammad Zaki bin Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani.
Majlis perasmian penutup kursus dan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Arif bin Sapee, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

364657244 693320682611776 1735070731790292131 n 364726867 693320632611781 7206724033470106228 n
364742141 693320485945129 2535534009009207754 n 364768085 693320535945124 3028740856994785953 n
366745274 693320649278446 2866473842891616414 n 364748028 693320609278450 5885467120193699125 n
364707107 693320565945121 2127054954877235346 n 366824740 693320585945119 2034127232925413768 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel