42 PESERTA MUALAF BAHARU FOKUS MENDALAMI ILMU ASAS FARDU AIN MELALUI KIFA SIRI-3/2023

WhatsApp Image 2023 05 31 at 9.57.10 AM 1

27 MEI 2023M | 7 ZULKAEDAH 1444H (SABTU) – KIFA Siri 3/2023 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 27 Mei 2023 bersamaan 7 Zulkaedah 1444 Hijri. Alhamdulillah, kehadiran 42 peserta mualaf baharu berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan begitu baik. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah melalui En.Mohamad Ariff bin Othman Kalam, Pegawai UTM dan Ustaz Muhammad Jais Mariappan, Pegawai Dakwah PERKIM Wilayah Persekutuan amat berkesan dan sesi komunikasi secara 2 hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan. Pengalaman kedua-dua penceramah dalam hal ehwal kebajikan dan pengajian mualaf di Malaysia amat berguna kepada setiap para peserta.

Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh fasilitator Guru KDH berdasarkan kumpulan peserta yang telah dibahagikan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam.

WhatsApp Image 2023 05 31 at 9.57.12 AM 2 WhatsApp Image 2023 05 31 at 9.57.13 AM 2
WhatsApp Image 2023 05 31 at 9.57.11 AM 2 WhatsApp Image 2023 05 31 at 9.57.10 AM 2
WhatsApp Image 2023 05 31 at 9.57.09 AM WhatsApp Image 2023 05 31 at 9.57.08 AM
WhatsApp Image 2023 05 31 at 9.57.11 AM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan