PENGURUSAN JENAZAH TIDAK BERWARIS

342213051 1415750389160087 5626452771235088582 n

20 APRIL 2023M | 29 RAMADAN 1444H (KHAMIS) – Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang melayan jenazah orang Muslim kerana iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menyelenggarakan pengebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat, satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud. Dan siapa yang mengikut solat jenazah sahaja, kemudian dia pulang sebelum dimakamkan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat." (Riwayat al-Bukhari dan Sunan an-Nasai).

Sepanjang bulan Ramadan kali ini, Pasukan Pengurus Jenazah JAWI terus komited menjalankan tanggungjawab Fardu Kifayah dalam pengurusan jenazah tidak berwaris dan berisiko daripada hospital-hospital awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 16 jenazah dan 18 anggota badan diuruskan sepanjang Ramadan kali ini antara 29 Mac hingga 17 April 2023.

Pasukan pengurus jenazah JAWI cekal menjalankan tanggungjawab menguruskan jenazah yang kebanyakkannya melebihi enam (6) bulan hingga setahun tempoh kematian. Situasi jenazah yang hampir mereput, mengeras dan berbau adalah cabaran kepada para petugas khususnya di bulan Ramadan. Ia ditambah dengan cuaca yang tidak menentu dan memerlukan semangat yang tinggi untuk menguruskan pelbagai situasi jenazah yang dihadapi.

Tugasan yang mencabar ini memerlukan komitmen dan kecekalan yang tinggi daripada semua ahli pasukan dan memerlukan pengendalian yang cekap dan teliti.
Syabas kepada seluruh petugas jenazah JAWI, semoga Allah mempermudahkan urusan anda semua dan memberi ganjaran yang setimpal atas pengorbanan dan khidmat yang diberikan.

342207841 3499184973633364 5342418086946005093 n 342198951 1600083547141338 6722931655339785359 n
342199377 778867676862870 8161482082493658130 n 342499857 987687888823254 8450556351384472643 n
342516353 921894802353024 1056075412663866927 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan