PROGRAM ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) KE HOSPITAL REHABILITASI CHERAS (HRC) ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

WhatsApp Image 2023 04 19 at 8.20.27 AM 2

18 APRIL 2023M | 27 RAMADAN 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dengan kerjasama International Da'wah Institute PERKIM - Kuala Lumpur (IDIP-KL) turun menyantuni para pesakit di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah RAMAH Siri 1.

Tujuan utama pelaksanaan ziarah adalah untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan melalui pemberian barangan keperluan diri dan sumbangan wang tunai kepada para pesakit yang sedang menjalani rawatan di HRC. Serahan barangan keperluan diri telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Manakala sumbangan wang tunai telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Suariza@Hidayah binti Muhammad, Pengarah IDIP-KL. Seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut.

Semoga dengan aktiviti dakwah ke lapangan seumpama ini dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit. Kolaborasi strategik dalam pelaksanaan dakwah bil hal antara JAWI dan IDIP-KL akan diteruskan untuk masa-masa akan datang demi kemaslahatan ummah dan akan diperluaskan lagi dengan penglibatan NGO dan institusi dakwah yang lain.

WhatsApp Image 2023 04 19 at 8.20.40 AM WhatsApp Image 2023 04 19 at 8.21.07 AM
WhatsApp Image 2023 04 19 at 8.20.51 AM WhatsApp Image 2023 04 19 at 8.20.27 AM
WhatsApp Image 2023 04 19 at 8.20.28 AM WhatsApp Image 2023 04 19 at 8.20.27 AM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan