TEAM DAKWAH JAWI MENYANTUNI MUALAF METROPOLITAN DI WARUNG MAKAN SAHABAT KUALA LUMPUR

WhatsApp Image 2023 04 15 at 5.34.51 PM 1

13 APRIL 2023M | 22 RAMADAN 1444H (KHAMIS) – Pada hari Khamis, 13 April 2023 bersamaan 22 Ramadan 1444H Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan Ustazah Majidah binti Mokhtar mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah menyampaikan bantuan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada 12 orang saudara-saudara baru di Warung Makan Sahabat dalam program Ziarah Mualaf 2023.

Warung Makan Sahabat adalah pusat komuniti untuk rakan jalanan (gelandangan & miskin bandar Kuala Lumpur) kelolaan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dan rakan – rakan NGO lain yang menyebarkan dakwah kasih sayang kepada masyarakat sekitar dengan memberikan makanan tengahari percuma dan kelas – kelas peningkatan kemahiran termasuklah fardu ain setiap hari kepada komuniti rakan jalanan.

Turut hadir bersama di dalam sesi ziarah penyerahan sumbangan mualaf ialah Ustaz Abuzar Zainudin, mewakili Cawangan Kebajikan Saudara Baru JAWI dan Ustaz Muhammad Zaki Hassan yang mewakili NGO Yayasan Amal Wilayah Persekutuan.

Semoga dengan bantuan ini akan dapat mengeratkan hubungan JAWI dengan NGO dan komuniti mualaf agar komuniti mualaf terus dibantu dan didekati pada masa akan datang serta dapat menceriakan para mualaf menjelang syawal yang bakal menjelma.

WhatsApp Image 2023 04 15 at 5.34.50 PM WhatsApp Image 2023 04 15 at 5.34.50 PM 1
WhatsApp Image 2023 04 15 at 5.34.53 PM WhatsApp Image 2023 04 15 at 5.34.53 PM 1
WhatsApp Image 2023 04 15 at 5.34.53 PM 2 WhatsApp Image 2023 04 15 at 5.34.52 PM 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan