KECERIAAN MAJLIS SUMBANGAN RAMADAN DAN AIDILFITRI 2023-SANTUNAN AWAL BUAT SAHABAT MUALAF

WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.18.05 AM

22 MAC 2023M | 29 SYAABAN 1444H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Majlis Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri Kepada Mualaf Wilayah Persekutuan tengah hari tadi bertempat di Kompleks Darul Hidayah (KDH), Jalan Sentul Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.

Majlis tersebut dianjurkan menjelang ketibaan bulan Ramadan 1444H atas semangat ukhuwah Islamiyah serta merupakan salah satu bentuk sokongan moral kepada para mualaf untuk menjalani ibadah puasa terutamanya mereka yang baru pertama kali melalui pengalaman tersebut. Sumbangan berkenaan juga bertujuan meringankan bebanan golongan mualaf yang kurang berkemampuan dan hidup sebatang kara kerana terputus hubungan kekeluargaan serta menghadapi cabaran dari segi fizikal, emosi, dan kewangan.

Seramai 600 orang mualaf menerima sumbangan wang tunai dengan nilai keseluruhan berjumlah RM240,000.00 yang terdiri daripada penghuni Kompleks Darul Hidayah dan para pelajar tahap asas dan pertengahan serta mualaf yang baru menganut Islam. Selain wang tunai, para mualaf turut menerima sumbangan pek barangan makanan daripada rakan-rakan strategik seperti QSR Brands, Mcdonald’s, Gardenia Bakeries Sdn Bhd, Nestle Manufactaring Sdn Bhd dan JAWI Food Bank. Kompleks Darul Hidayah, Jalan Sentul melaksanakan pelbagai pengisian sepanjang bulan Ramadan khususnya untuk golongan mualaf seperti tadarus al-Quran, solat tarawih, ceramah dan tazkirah, agihan bubur lambuk dan pelbagai lagi.

WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.18.06 AM 1 WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.18.04 AM 1
WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.26.44 AM 1 WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.26.44 AM 6
WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.26.44 AM 2 WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.26.44 AM 3
WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.18.08 AM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan