06:08
Imsak
06:18
Subuh
13:30
Zohor
16:47
Asar
19:29
Maghrib
20:39
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM TAKLIMAT ASAS DAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT MAKLUMAN PELANTIKAN PENDAFTAR KANAN DAN PENOLONG PENDAFTAR NCR DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Taklimat PPNCR 1

13 Februari 2023 | 22 Rejab 1444H (Isnin) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan Program Taklimat Asas dan Majlis Penyerahan Surat Makluman Pelantikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam di Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Syura Wawasan, Tingkat 2, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan menyerahkan surat makluman pelantikan ini kepada 11 orang penerima, iaitu seorang Pendaftar Kanan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya merangkap Wali Raja serta 10 orang Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

YBhg. Datuk Pengarah JAWI dalam ucapannya telah memberi amanat kepada para penerima tauliah dengan menyatakan lantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sewajarnya untuk masyarakat Islam dalam urusan nikah, cerai dan rujuk (NCR) di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Beliau juga mengingatkan para penerima tauliah adalah wakil JAWI bertindak sebagai pemudah cara kepada masyarakat Islam di kariah masjid masing-masing dengan mengambil kira prosedur dan peraturan yang ditetapkan serta menepati syariat dalam urusan tersebut. Justeru, beliau mengharapkan para penerima surat lantikan ini dapat memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Jabatan ini merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua pemegang tauliah baharu atas pelantikan ini dan mengucapkan selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Taklimat PPNCR 2 Taklimat PPNCR 3
Taklimat PPNCR 4 Taklimat PPNCR 5
Taklimat PPNCR 6 Taklimat PPNCR 12
Taklimat PPNCR 7 Taklimat PPNCR 8
Taklimat PPNCR 9 Taklimat PPNCR 10
Taklimat PPNCR 11 Taklimat PPNCR 1
Taklimat PPNCR 13 Taklimat PPNCR 14

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel