KIFA SIRI 12/2022

315262634 540993721177807 6484826794208336440 n

12 NOVEMBER 2022M | 17 RABIULAKHIR 1444H (SABTU) – KIFA Siri 12/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 12 Julai 2022 bersamaan 17 Rabiulakhir 1444 Hijri.

Alhamdulillah, kehadiran yang memberangsangkan seramai 47 peserta mualaf berjaya menarik minat dan respon yang positif dan komitmen yang ditunjukkan amat positif. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah di sebelah pagi melalui perkongsian ilmu dari Al Fadhil Ustaz Yahya Mahyuddin dan Al Fadhil Ustaz Mohd Rahimi pada slot pagi amat baik dan komunikasi 2 hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan.

Sesi amali dan praktikal KIFA diteruskan pada sebelah petang dikendalikan oleh fasilitator jemputan dari IPK Kuala Lumpur. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk memahami aspek ibadah yang asas berkaitan wuduk dan solat.

Majlis penutupan KIFA telah dijalankan pada sesi terakhir dengan ucapan perasmian penutup oleh YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPD JAWI. Alhamdulillah.Ucapan dan amanat terakhir dari KPPK kepada para peserta agar meneruskan menuntut ilmu fardu ain dan mengukuhkan akidah Islamiah agar terus utuh dan kukuh. Para peserta diraikan dengan sesi penyerahan sijil dan gambar bersama urus setia dan fasilitator kursus.

Inshaa-Allah KIFA 2023 akan bersua dengan pendekatan dan penyampaian yang lebih bermanfaat kepada sahabat Mualaf sekalian.

314720055 540993514511161 157803778515212697 n 314758578 540992904511222 448966557126496414 n
315514191 540993974511115 8077688747136260699 n 315113938 540993267844519 4957130415828581471 n
315107589 540993117844534 2664216079426416818 n 315216798 540993191177860 7136656519190889718 n 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan