05:43
05:53
01:06
04:29
07:03
08:18

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH JAWI BERSAMA PENCERAMAH MODUL BERSEPADU KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM (MBKPI) WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PENYAMPAIAN SURAT LANTIKAN PENCERAMAH BAHARU MBKPI

KPPI 2 1

26 Oktober 2022 | 29 Rabiulawal 1444H (Rabu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Pengarah JAWI bersama Penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Wilayah-Wilayah Persekutuan dan Penyampaian Surat Lantikan Penceramah Baharu MBKPI pada 26 Oktober 2022 (Rabu) bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk mengeratkan jalinan kerjasama antara Jabatan dengan para penceramah MBPKI bagi memantapkan pengurusan praperkahwinan Islam di Wilayah Persekutuan. Di samping itu, ia juga sebagai penghargaan dan apresiasi kepada para penceramah MBKPI yang banyak membantu Jabatan dalam memberi ilmu dan kemahiran asas rumah tangga khususnya kepada pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.

Majlis dimulakan dengan sesi perkongsian bersama Master Trainer Praperkahwinan Islam iaitu YBrs. Ustaz Mohd Abdul Nasir bin Abdullah. Selaku pegawai JAWI yang berpengalaman luas dalam mengendalikan urusan praperkahwinan Islam, banyak ilmu, maklumat, pengalaman dan kemahiran yang telah dikongsikan oleh beliau untuk dimanfaatkan oleh para penceramah MBKPI.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian amanat dan perasmian majlis oleh YBhg. Datuk Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Hadir sama, YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK. Seramai 50 orang penceramah telah hadir yang terdiri daripada penceramah MBKPI dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Di akhir majlis, YBhg. Datuk Pengarah JAWI telah menyampaikan surat lantikan kepada 22 orang penceramah baharu MBKPI.

KPPI 2 4 KPPI 2 5
KPPI 2 7 KPPI 2 6 2
KPPI 2 2 2 KPPI 2 3

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel