05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:41
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KUNJUNGAN HORMAT DIREKTORAT BINA KANTOR URUSAN AGAMA DAN KELUARGA SAKINAH, KEMENTERIAN AGAMA REPUBLIK INDONESIA KE JAWI

Kunjungan Hormat 1

25 Oktober 2022 | 28 Rabiulawal 1444H (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima kunjungan hormat daripada Direktorat Bina Kantor Urusan Agama dan Keluarga Sakinah, Kementerian Agama Republik Indonesia pada 25 Oktober 2022 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 3, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI.

Delegasi Direktorat Bina Kantor Urusan Agama dan Keluarga Sakinah diketuai oleh Dr. H. Anwar Saadi, MA, Ketua Subdit Bina Kepenghuluan dan turut disertai Dr. Agus Suryo Suripto, M.Si, Ketua Kasubdit Keluarga Sakinah dan Tn. Beni Cipto Susilo, ST, Ketua Analis Kebijakan Ahli Muda.

Tujuan kunjungan hormat ini diadakan bagi melihat bagaimana urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ (NCR) dijalankan di JAWI, juga untuk mengetahui prosedur serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi, di samping untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua pihak.

Ketibaan delegasi disambut baik oleh YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK bersama pegawai-pegawai BPPK yang lain. Beliau sangat mengalu-alukan kehadiran delegasi daripada Kementerian Agama Republik Indonesia itu atas kesudian mereka berkunjung ke JAWI Kuala Lumpur khususnya dan negara Malaysia umumnya.

Majlis dimulakan dengan sesi taaruf dan taklimat, disusuli dengan perbincangan, soal jawab serta perkongsian pengalaman agensi masing-masing. Pelbagai isu dan topik telah diperbincangkan antaranya berkaitan permohonan kebenaran nikah, nikah luar negara, nikah menggunakan wali hakim, khidmat nasihat dan runding cara kekeluargaan, pelaksanaan kursus praperkahwinan Islam, jurunikah, data NCR dan sebagainya.

Para delegasi kemudiannya dibawa melawat kaunter NCR dan Runding Cara (RC) BPPK bagi melihat proses permohonan kebenaran nikah, pengeluaran kad nikah, proses runding cara serta perkhidmatan lain yang disediakan oleh BPPK kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Kunjungan Hormat 2 Kunjungan Hormat 3
Kunjungan Hormat 4 Kunjungan Hormat 5
Kunjungan Hormat 6 Kunjungan Hormat 7
Kunjungan Hormat 8 Kunjungan Hormat 9

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar