120 PESERTA MUSLIMAT SERTAI PROGRAM SYARAHAN PERDANA WANITA UNGGUL

302211248 487902969820216 3094347118111752870 n

30 OGOS 2022M | 2 SAFAR 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Syarahan Perdana Wanita Unggul bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Kuala Lumpur.

Seramai 120 orang peserta terlibat dalam menjayakan program pada hari ini. Objektif utama program ini bertujuan untuk menyuntik semangat dan memberi penghayatan kepada golongan wanita yang memainkan peranan penting dalam pembentukan keluarga dan pembangunan masyarakat Islam dengan meneladani sirah isteri Rasulullah, Saidatina Aisyah.

Program dimulakan dengan slot ceramah “Meneladani Siti Aisyah, Ummahatul Mukminin” yang telah disampaikan oleh penceramah bebas iaitu Ustazah Muzayyanah Binti Haji Abdullah.

Program kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada YBhg. Dato Ahmad Nazri Bin Ibrahim, Pengerusi Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Kuala Lumpur. Seterusnya ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh YBrs. Pn.Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI sekaligus merasmikan program tersebut.

Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi impak positif kepada para peserta dan mencontohi sikap mulia Saidatina Siti Aisyah, Ummahatul Mukminin seterusnya diterjemahkan melalui kehidupan seharian.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

300786925 487903649820148 7496473412660869400 n 302299918 487903496486830 5183961713332252126 n
300434842 487903433153503 1311809553415861896 n  301522874 487903089820204 2451621380570228422 n 
300587062 487903616486818 8441848220026593292 n 301857161 487903036486876 2641757627167620150 n
301683799 487903699820143 3162725815713973855 n