WACANA INISIATIF LELAKI QAWWAM DENGAN KERJASAMA MASJID ZAID BIN THABIT

300004157 482639033679943 2700442830481881340 n

21 Ogos 2022M | 23 Muharam 1444H (Ahad) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Zaid Bin Thabit, Kuala Lumpur telah mengadakan Program Wacana Inisiatif Lelaki Qawwam. Antara pengisian utama adalah Kuliah Dhuha bertajuk "Lelaki Qawwam: Lelaki Pilihan" yang disampaikan oleh Ustaz Hazman bin Hashim, Penolong Pegawai Kanan, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM).

Antara objektif program ini adalah untuk mengukuhkan pemerkasaan tanggungjawab dan peranan lelaki selaku pemimpin, pelindung dan pembela keluarga dan masyarakat. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Suraiti Binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah. Turut hadir pada program ini adalah YBrs. Ustaz Muhammad Khalil bin Ibrahim, Pegawai Tadbir Agama Zon 5.

Program ini telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kariah masjid. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan dan penghayatan berkenaan lelaki qawwam dalam kaca mata Islam sekaligus melahirkan keluarga dan masyarakat yang sejahtera. Program ini turut disertai oleh golongan wanita sebagai satu inisitatif memberi pencerahan kepada kaum ibu yang akan mendidik anak lelaki menjadi lelaki qawwam yang sebenar.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

300396699 482639400346573 1570624328628705583 n 300770101 482639107013269 6161980285455967003 n
300002064 482639077013272 6735651198138309797 n
299910747 482639280346585 6042675202020067054 n 299287545 482639140346599 4911534456384567042 n