ANAK YATIM DAN ASNAF IKUTI KELAS TAFAQQUH WANITA/REMAJA TAHUN 2022M

290212420 446057194004794 1137170549392603350 n

26 JUN 2022M | 26 ZULKAEDAH 1443H (AHAD) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia telah menganjurkan Program Kelas Tafaqquh Wanita/Remaja Bagi Tahun 2022. Seramai 40 orang peserta dari golongan anak yatim dan asnaf telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman agama kepada peserta selain memberi nilai tambah dalam memantapkan ilmu agama. Kelas ini diadakan sebanyak 4 siri bermula pada bulan mei yang lalu. Kelas siri 4/2022 pada hari ini menyentuh bab “Rukun Solat” yang disampaikan oleh Ustazah Hazwani binti Mohamad Nor, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran, JAWI.

Program kemudiannya diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah,JAWI. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato' Hjh Faridah Binti Hj. Omar Shah selaku Pengerusi Pertubuhan Rahoma Darul Fakir.

Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi impak positif kepada para peserta. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kerjasama di antara JAWI dengan semua pihak khususnya Pertubuhan Rahoma Darul Fakir.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

289772952 446057304004783 9135385602020262354 n

290091437 446057234004790 7133799298831903224 n         289808865 446057380671442 8413302559211043807 n
289688612 446057584004755 3649411534665185218 n 289625770 446057430671437 1594123880170159141 n