05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS APRESIASI KELAS PENGAJIAN MUALAF TAHUN 2022

288434947 443061864304327 6972994709338874390 n

21 JUN 2022M | 21 ZULKAEDAH 1443H (ISNIN) - Bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar Kompleks Darul Hidayah, seramai 52 orang pelajar mualaf sesi pengajian Julai 2020 dan sesi Januari 2021 diraikan dalam Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Mualaf setelah tamat tempoh pengajian selama setahun setengah di Kompleks Darul Hidayah. Turut diraikan pelajar cemerlang bagi peperiksaan sesi Julai 2021 dan Januari 2022.

Penganjuran majlis ini bertujuan meraikan dan menghargai mualaf yang cemerlang serta sentiasa menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang tempoh pengajian. Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Mualaf kali ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Turut hadir menyerikan majlis ialah Puan Rashinah binti Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI dan Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Selain meraikan pelajar, pengisian rohani turut disampaikan dalam slot ceramah: Indahnya Hidup Bersyariat yang disampaikan oleh Ustaz Naim bin Saadon, Juara Da'i Muda YADIM. Kehadiran keseluruhan adalah seramai 150 orang.

Semoga penganjuran majlis apresiasi ini dapat menaikkan semangat para mualaf untuk lebih cemerlang di masa akan datang.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

289404556 443061910970989 5544873307248534408 n 289261091 443062050970975 4762530450623876880 n
289625044 443061960970984 2351264406625036458 n 288238248 443062094304304 5366628535697077152 n
289063239 443062124304301 3375749992575670411 n         
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel