05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI 1/2022

275288554 378661977410983 2822976340906808690 n

9 MAC 2022M | 6 SYAABAN 1443H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam (UKI) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1/2022 pada 9 Mac 2022 bertempat di Masjid Abu Bakar As Siddiq (MSABA), Bangsar, Kuala Lumpur.

Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi MSABA, Datuk Haji Salleh bin Haji Yeop dan turut dihadiri oleh Ustazah Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah(BPD) dan Ustazah Nur Asyura binti Jumat, Penolong Pengarah BPD JAWI. Kursus Pengurusan Jenazah ini telah disertai oleh 44 orang peserta lelaki dan wanita.

Kursus ini telah dimulakan dengan sesi ceramah yang menyentuh berkenaan adab menziarahi pesakit serta cara-cara berhadapan dengan orang yang sedang nazak, yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Hamid bin Abdul Ghani, Penyelaras Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selaseh.
Sesi kedua pula adalah praktikal berkaitan kewajipan orang hidup terhadap orang mati meliputi mandi, kafan dan solat jenazah dengan dibantu oleh fasilitator berpengalaman JAWI.

Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

275302789 378661900744324 7399459111465793227 n 275081341 378661854077662 655776584447461334 n
275193337 378661937410987 6342555548223726867 n
         
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel