PELAN ANTIRASUAH JAWI 2022-2026 DILANCARKAN

 WhatsApp Image 2022 06 20 at 12.00.27 PM20 Jun 2022 (Isnin) – Perhimpunan Bulanan Warga JAWI telah dilaksanakan bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan yang dihadiri oleh tetamu kehormat, Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

Majlis dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk "Integriti Dalam Perkhidmatan Awam" yang disampaikan oleh Encik Muhamad Sufian bin Shafie dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Turut diadakan penyampaian Anugerah Pegawai Contoh Bulanan JAWI dan Pelancaran Pelan Antirasuah JAWI 2022-2026.

Pelan Antirasuah JAWI 2022-2026 adalah sebuah pelan strategik yang menyeluruh mengambil kira risiko kelemahan dan ketirisan dalam aspek tadbir urus, integriti, dan rasuah di JAWI. Pelan tersebut dibangunkan selaras dengan objektif strategik Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

JAWI komited bagi membudayakan amalan integriti dalam penyampaian perkhidmatan melalui pematuhan undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa, serta pengamalan nilai-nilai murni. Ia selaras dengan elemen akauntabiliti yang merupakan sebahagian daripada nilai bersama JAWI.

WhatsApp Image 2022 06 20 at 12.00.26 PM WhatsApp Image 2022 06 20 at 12.00.21 PM
WhatsApp Image 2022 06 20 at 11.59.23 AM WhatsApp Image 2022 06 20 at 12.00.28 PM 1
WhatsApp Image 2022 06 20 at 12.00.29 PM WhatsApp Image 2022 06 20 at 12.00.29 PM 1
WhatsApp Image 2022 06 20 at 11.59.51 AM WhatsApp Image 2022 06 20 at 12.00.28 PM