05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS INTENSIF AL-QURAN QARI QARIAH HAFIZ HAFIZAH DAN MAJLIS AMANAT BERSAMA PENGARAH WAKIL NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

283489615 426515152625665 7897755346375268435 n

23-26 MEI 2022M | 22-25 SYAWAL 1443H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Intensif al-Quran Qari Qariah, Hafiz Hafizah dan Majlis Amanat Bersama Pengarah Wakil Negeri Wilayah Persekutuan Ke Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 bertempat di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. Kursus 4 hari 3 malam ini melibatkan seramai 4 orang Qari/ Qariah serta  12 orang Hafiz/Hafizah yang merupakan perwakilan negeri Wilayah Persekutuan ke Peringkat Kebangsaan. 

Kursus telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori Qari/ Qariah dan kategori  Hafiz/  Hafizah. Kategori Qari/Qariah melibatkan 12 sesi yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput khas mewakili bidang kepakaran masing-masing antaranya Datuk Haji Sheikh Roslan bin Abdul Halim( tajwid dan fasohah) , Tuan Haji Che' Yahya bin Daud( tarannum dan suara) dan Puan Normalina binti Alias( suara). Manakala bagi kategori Hafiz/Hafizah pula melibatkan keseluruhan 12 sesi yang dikendalikan oleh tenaga pakar yang berkaitan antaranya Ustaz Abdul Khair bin Jalil, Ustaz Abdul Karim bin Zakaria, Ustaz Mohd Nidzomuddin bin Ahmad dan Dr. Norazman bin Alias.
 
Program ini bertujuan memberi pendedahan teknikal dan mengasah kemahiran Qari/Qariah dan Hafiz/Hafizah yang terlibat. Ia merangkumi teknik bacaan al-Quran mengikut tajwid, tarannum, fasohah dan suara yang betul serta teknik hafazan yang lancar dan persembahan.
Pada malam terakhir kursus telah diadakan juga Majlis Amanat Bersama Pengarah  Wakil Negeri Wilayah Persekutuan Ke Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Majlis disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan diiringi oleh Encik Mohammad Khalil bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah. 
Majlis ini diadakan untuk memberi kata-kata semangat kepada semua para peserta yang terlibat menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Johor Bahru pada bulan 9 Jun 2022. Diharap para peserta dapat memanfaatkan pengisian sepanjang kursus diadakan untuk bekalan semasa pertandingan yang akan berlangsung.
 
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
283959460 426515389292308 3773493049860443418 n 284348507 426515219292325 8614667578331332821 n
284488854 426515192625661 6986863961304722778 n 284354806 426515262625654 8952402596684498138 n
          
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel