LEBIH 20,000 ORANG KUNJUNGI AIDILFITRI@DATARAN MERDEKA

284714921 427673719176475 6930768415643316224 n

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta masjid dan surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan dengan kerjasama rakan strategik telah menganjurkan Program Aidilfitri@Dataran Merdeka pagi tadi mulai jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Program disempurnakan oleh YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dan Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta masjid dan surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan dengan kerjasama rakan strategik telah menganjurkan Program Aidilfitri@Dataran Merdeka pagi tadi mulai jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Program disempurnakan oleh YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dan Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.


Program ini diinisiatifkan melalui pendekatan mengumpulkan masjid-masjid dan surau Jumaat terpilih sekitar Wilayah Persekutuan bagi menyediakan gerai jamuan masing-masing dalam menyantuni tetamu dan menjamu makanan secara percuma kepada masyarakat dari pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama. Sebanyak 120 buah masjid dan surau Jumaat telah mengambil bahagian dalam acara tersebut termasuk dari Putrajaya dan Labuan dengan kehadiran pengunjung sekitar 20,000 orang. Program dengan konsep yang serupa julung kali diadakan pada tahun 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda negara serta menerima anugerah Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori “Penganjuran Masjid Paling Banyak Dalam Acara Rumah Terbuka Hari Raya.” 


Pogram Aidilfitri@Dataran Merdeka berhasrat untuk menjalinkan silaturahim dalam kalangan “Keluarga Malaysia” khususnya masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan; Membentuk semangat kerjasama dan persaudaraan dalam kalangan Jawatankuasa Masjid di Wilayah Persekutuan; Menyemai sifat cakna dan prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan serta Memasyarakatkan dan mempromosikan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan sebagai pusat penyatuan ummah.


Selain menikmati jamuan Hari Raya, beberapa acara selingan turut diadakan di pentas utama seperti persembahan istimewa dari kumpulan nasyid Rabbani. Turut diadakan aktiviti sumbangan Duit Raya kepada 616 orang penerima dalam kalangan anak-anak yatim, asnaf, pelajar tahfiz dan kanak-kanak bernilai RM35,000. Manakala sejumlah 1,700 naskhah Waqaf Al-Quran juga disumbangkan kepada masjid, surau dan sekolah tahfiz sekitar Mentakab Pahang, Kuala Terengganu dan Taman Sri Muda Shah Alam dalam majlis yang sama. Penerangan tentang Hari-Hari Kebesaran Islam juga disampaikan kepada pengunjung oleh sukarelawan yang bertugas.


Sepanjang program berlangsung, 1000 pek makanan pelbagai menu disediakan oleh 120 gerai masjid-masjid dan rakan strategik termasuklah 70 ekor Kambing Golek, Ayam Golek, Nasi Briyani, Ayam KFC, Pizza, Dim Sum, Roti Canai, beberapa hidangan tradisi seperti Lemang, Ambuyat, Kelupis, Kek Lapis, aneka buah-buahan, Cendol dan pelbagai lagi.

 
284378617 427673265843187 7066137036474616023 n 284611712 427673112509869 2264996484855235509 n
284769075 427673209176526 3918542631698824715 n 284797616 427673355843178 6633220383497079322 n
WhatsApp Image 2022 05 30 at 3.05.59 PM

284484561 427673405843173 2689211975162621624 n