MAJLIS SERAHAN MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM KEPADA PENCERAMAH DAN FASILITATOR (WILAYAH PERSEKUTUAN)

WhatsApp Image 2021 04 30 at 09.57.54 2

 

26 April 2021 | 14 Ramadhan 1442H, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Majlis Serahan Modul Pascaperkahwinan Islam Kepada Penceramah dan Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam (Wilayah Persekutuan) pada 26 April 2021 bertempat di Dewan Makan VVIP Bunga Tanjung, Aras 1, Dewan Muktamar, JAWI.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, KSK JAKIM mewakili Pengarah KSK JAKIM. Manakala perasmian majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd. Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan YBrs. Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI.

Majlis diteruskan dengan serahan Modul Pasca Perkahwinan Islam oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali kepada YBhg. Datuk Haji Mohd. Ajib bin Ismail seterusnya  penyampaian modul oleh YBhg. Datuk kepada penceramah dan fasilitator. Seramai 28 orang penceramah dan 4 orang fasilitator yang telah dilantik oleh JAWI telah menerima modul tersebut sebagai panduan kepada mereka dalam menyampaikan ceramah dan juga mengendalikan aktiviti kepada peserta kursus.

Modul Pascaperkahwinan Islam yang dibangunkan oleh JAKIM ini mengandungi 4 fasa seperti berikut :

  1. Fasa Bulan Madu - tempoh perkahwinan di bawah 5 tahun
  2. Fasa Sehati Sejiwa - tempoh perkahwinan 6 – 10 tahun
  3. Fasa Semarak Kasih - tempoh perkahwinan 11 – 20 tahun
  4. Fasa Syurga Cinta - tempoh perkahwinan 21 tahun ke atas

Semoga segala usaha ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT, seterusnya  memantap dan memperkukuh sistem kekeluargaan Islam di negara kita.

WhatsApp Image 2021 04 30 at 09.57.54 WhatsApp Image 2021 04 30 at 09.57.53
WhatsApp Image 2021 04 30 at 10.04.53 WhatsApp Image 2021 04 30 at 10.05.15
   

Disediakan Oleh: Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga 

Foto oleh: BPPK 

Teks oleh: BPPK