MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PASUKAN PETUGAS KHAS PENGURUSAN COVID-19

154672561 3935173203208162 6669867299592527589 n
 
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PASUKAN PETUGAS KHAS PENGURUSAN COVID-19
1 Mac 2021M | Isnin 17 Rejab 1442H -Alhamdulillah pada hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pasukan Petugas Khas Pengurusan Covid-19 yang telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Majlis telah diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan bermula jam 12.30 tengahari sehingga jam 1.30 petang.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan diikuti ucapan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pada majlis tersebut, YB Senator telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 68 orang Pasukan Petugas Khas Pengurusan Covid-19 daripada JAKIM dan JAWI yang telah Berjaya menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang dalam mengurus 214 jenazah yang dikaitkan dengan covid-19 sehingga akhir Februari ni. Beliau juga berharap agar barisan para petugas sentiasa bersemangat dan terus memberikan khidmat bakti dalam melunaskan fardu kifayah melibatkan kemaslahatan umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Pada kemuncak majlis, YB Senator telah menyampaikan sedikit sumbangan dan barangan keperluan dari Food Bank JAWI kepada semua pasukan petugas yang hadir dan diakhiri dengan sesi bergambar.
📌 Anjuran Unit Kebajikan Islam,
Bahagian Pengurusan Dakwah.
 
FotoJet 26