ZIARAH DAKWAH DAN SILATURRAHIM PENDUDUK SETEMPAT SIRI 1/2021

164330866 4007298845995597 4074924633278924959 n
 
ZIARAH DAKWAH DAN SILATURRAHIM PENDUDUK SETEMPAT SIRI 1/2021
 
“Banyak Terima Kasih aaa Datuk’....
Itu antara ucapan langsung dari seorang penerima Sumbangan Barangan yang disampaikan oleh YB Datuk Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tengah hari tadi.
Majlis ringkas itu telah berlangsung dalam program Ziarah Dakwah dan Silaturrahim Penduduk Setempat Tahun 2021 (Siri 1) di PPR Kampung Limau, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada hari ini 27 Mac 2021 (Sabtu).
 
FotoJet 16
Majlis anjuran bersama Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Persatuan Penduduk PPR Kampung Limau ini telah mengikut garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam majlis tersebut, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi sokongan kepada JAWI agar terus bergerak ke hadapan dan menjadi contoh dalam menyantuni masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YBhg. Datuk Hj. Mohd Ajib bin Ismail; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), YBrs. Tn. Hj. Ahmad bin Long; Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kg. Limau, YBrs. Pn Siti Razmah binti Idris; KPPK Bhgn. Pengurusan Dakwah JAWI, YBrs. Tn Hj. Mohd Radi bin Hj Razali; Pengerusi MPP Subzon 4 (Lembah Pantai), YBrs. Tn Mohd Faizul bin Mohd Razali; Pegawai Tadbir Agama Zon 6 JAWI, dan YBhg. Datuk Zulkifli ; Pengerusi Masjid Jamek Al-Khadijiah, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
 
FotoJet 17
Program ini merupakan salah satu usaha dakwah untuk mendekati masyarakat secara berhikmah dan bijaksana sesuai dengan situasi pandemik Covid-19 serta membantu mereka mengurangkan masalah sosial yang mungkin timbul akibat desakan yang menghimpit hidup dan hilang mata pencarian sewaktu wabak ini melanda.
Seramai 67 buah keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan asas dapur berupa beras, milo, kicap, minyak masak, gula dan biskut. Sumbangan ini serba sedikit dapat membantu mengurangkan beban dalam menyambut Ramadhan yang akan datang beberapa hari sahaja lagi.
Semoga objektif program ini tercapai sepertimana yang dirancang.
 
FotoJet 15
 
📌
Laporan disediakan oleh:
Unit Program Perumahan Rakyat (PPR)
Bahagian Pengurusan Dakwah