05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

60 PESAKIT DI WAD RADIOTERAPI HKL TERIMA SUMBANGAN BARANGAN HARIAN

ZIARAH DAKWAH BERKALA SIRI 5 DI HOSPITAL KUALA LUMPUR
15 SEPT 2020M|26 MUHARRAM 1442H  JAWI melalui anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya melaksanakan Program Ziarah Dakwah Secara Berkala Siri 5 di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan/ ziarah pesakit daripada pihak luar,
JAWI telah mengambil inisiatif melaksanakan program tanpa melibatkan pesakit. Serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/wad bersama pihak JAWI sahaja. Program ziarah kali ini melibatkan 60 pesakit daripada Wad Radioterapi 2A HKL. Tujuan utama pelaksanaan program ziarah ini adalah untuk memastikan pesakit di hospital/ pusat perubatan mendapat sokongan moral di samping JAWI dapat menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan harian yang mana mampu membantu meringankan bebanan pesakit di hospital/ pusat perubatan dan juga waris.
Rombongan ziarah daripada JAWI diketuai oleh YBrs. Puan Nick Noor Hidayatul Asilah binti Afandi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah (JAWI) mewakili YBrs. Pengarah JAWI. Manakala, wakil dari HKL pula diketuai oleh YBrs. Puan Rosnani binti Ramli, Penyelia Jururawat Wad Radioterapi 2A, HKL. (Serahan sumbangan kepada pesakit di dalam wad ini disampaikan oleh wakil wad HKL).
    
Disediakan oleh:
Unit Kebajikan Islam
Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel