Muslimah Sentul Tekuni Ilmu@ Bandar Baru Sentul

TMS10

29 Mei 2016 (Ahad) – Biro Muslimah Masjid Amru Ibni al-‘As Bandar Baru Sentul telah mengadakan Kuliah Bulanan Muslimat yang menampilkan Y.Bhg. Ustazah Norhafizah Binti Musa, Personaliti Agama Televisyen dan Radio.

Kuliah yang dimulakan pada jam 3 petang telah menarik minat hampir 140 anak kariah khususnya muslimat.

Kuliah bulanan ini telah memberi impak positif kepada kaum hawa untuk sama-sama hadir bagi mengimarahkan masjid serta dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan memantapkan lagi rohani para muslimah.

 

   
TMS2 TMS3
   
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Amru Al-As
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan