10 Disember 2015 | 28 SAFAR 1437H (Khamis)– Bayou Lagoon Park Melaka. Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Profesionalisme Bilal Wilayah Persekutuan Siri 2/ 2015. Program ini telah disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri dari kalangan bilal yang bertugas di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Objektif kursus ini ialah untukmemberikan pendedahan terperinci berkaitan kaedah dan teknik suara serta tarannum dalam mengalunkan azan Seramai 4 orang orang pembimbing yang berkemahiran dan berpengalaman dalam bidang taranum azan dijemput sebagai Murabbi bagi membimbing para peserta tentang teknik mengalunkan azan mengikut taranum yang tepat seperti Taranum Sikah, Hijjaz, Nahwand, Jiharkah, Rast, Soba Dan Bayyati Husaini. Barisan murabbi tersebut terdiri daripada Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Zainuddin Bin Ab Rahman dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) JAKIM, Ustaz Khalid Bin Isa Ketua Imam Masjid Al-Khasyiin Taman Desa Petaling Kuala Lumpur dan Ustaz Hassan AlFadhli bin Abd Rahman Ketua Imam Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Pengarah Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya Pengarah JAWI. Turut hadir sama YBhg. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan Tuan Haji Jaafar Bin Ismail Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid Jawi. Foto dan teks oleh: Bahagian Pengurusan Kariah |