05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PERASMIAN PENUTUPAN DAN PENGUMUMAN PEMENANG MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1443H/2021M

499A1594 10

 

Barisan Jemaah Hakim telah membuat ketetapan bagi peserta qari, qariah, hafiz, dan hafizah terbaik dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M seperti berikut: 

Johan Qari Tilawah Al-Quran dimenangi oleh Muhammad Ammar Mukhlis bin Abdul Mohsin, Naib Johan, Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad dan tempat ketiga Muadzeen bin Achil. Manakala Johan Qariah dimenangi oleh Lailasari binti Sabran, Naib Johan Noorul Hasliza binti Haji Ahmad, dan tempat ketiga Kamariah binti Yusof.

Bagi Hafazan Al-Quran, Kategori 1 -10 juzuk, Johan - Muhammad Ziyad bin Mohd Husni (Lelaki), dan Nur Izzati binti Norazmi (Perempuan), Kategori 1-20 juzuk, Johan - Haikal Firdaus bin Mohd Jaafarudin (Lelaki), dan Zuha binti Zahran (Perempuan), Kategori 1-30 juzuk, Johan - Ahmad Afiq bin Ahmad Shukri (Lelaki), dan Athirah Salihah binti Al-Azmi (Perempuan).

Johan Qari Muhammad Ammar Mukhlis bin Abdul Mohsin merupakan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) manakala Johan Qariah Lailasari binti Sabran merupakan Johan Menunggu.

Johan hafazan kategori 1-20 juzuk iaitu Haikal Firdaus bin Mohd Jaafarudin, 16 tahun sebelum ini menarik perhatian warganet apabila mempamerkan kegigihan mencari talian internet di kampungnya bagi memastikan kelancaran dan kualiti bacaan yang dipersembahkan secara dalam talian.

Pemilihan pemenang dibuat berdasarkan kriteria penghakiman iaitu tajwid, tarannum, fasohah dan suara bagi kategori tilawah manakala hafazan dan lancar, tajwid, fasohah, tarannum, suara dan persembahan dan tafsir bagi kategori hafazan.

Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai, sijil penghargaan dan piala iringan manakala johan bagi setiap kategori turut menerima hadiah pakej menunaikan umrah. Majlis Penutupan dan Pengumuman telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) secara dalam talian jam 2.30 petang tadi. Turut serta Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M berlangsung selama 4 hari bermula pada 20 hingga 23 September 2021 (Isnin - Khamis) secara dalam talian melalui aplikasi zoom serta bersiaran langsung di facebook rasmi JAWI. Pelaksanaan majlis tersebut yang julung kali diadakan secara maya adalah selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi kawasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

499A1615 10 499A1660 10
499A1759 10 499A1771 10
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel